June 09, 2011

Seorang lelaki ; seorang bapa

Seharusnya ayah diperlukan, bukan kerana ayah terpaksa ada
Seharusnya ayah perlu berehat, bukan kerana ayah sakit
Seharusnya ayah perlu bersenang, bukan kerana ayah ada wang
Seharusnya ayah perlu sentiasa tersenyum, bukan hanya untuk sehari

Seingat dulu waktu kecil, ayah bukan seorang yang kami senangi
Kami takut dan itu tak wajar kami rasakan dalam usia kami
Tapi masa dah berlalu pergi, 
Kami semakin dewasa dan belajar mengenal hidup yang ayah pernah lalui

Dulu kami masih belum celik
Dulu kami masih belum sedar
Dulu kami masih ketidakmatangan
Dulu kami mengikut perasaan
Kini dunia sudah berubah
Dunia mengajar kami agar lebih berfikiran terbuka
mengenal yang baik dan buruk, itu semua berkat doa ayah

Walau kami tidak lagi rasa pelukan sayang dari ayah
Kami faham. Cukup dengan apa yang kami rasa ayah sudah limpahkan.
Walaupun kita tidak lagi serumah. Kami faham.
Cukup dengan kerisauan ayah terhadap kami sekiranya kami tidak pulang.
Terima kasih ayah.

Mr King ; En Kamal Ariffin B Ahmad


Selamat Hari Bapa.

1 comment:

Anonymous said...

Selamat hari bapa.

dari encik besar