June 02, 2011

Ketika dan semasa..

Arggh! 
Asalnya aku ada appointment dengan Doktor Ayu tapi ceritanya jadi lain pula.  Kebetulan Doktor Ayu mengerjakan umrah dan digantikan dengan Doktor Fadillah. 31 Mei memang satu cerita yang malang untuk aku, aku mengalami kontraksi dan pergerakkan bayi yang kerap.  Kalau doktor risau, apa lagilah aku yang mengandung.

Aku dimasukkan ke wad dan ada satu pengalaman yang baru untuk aku ketika dimasukkan dalam dewan bersalin.  Aku diperiksa sama ada anak aku ada pergerakkan yang kerap atau tidak dan kontraksi bagaimana aku alami. Nurse pelik dengan aku, sebab katanya aku punyai sakit menegang setiap 10minit namun tiada kesakitan pelik yang aku alami. Tapi ada satu tahap kontraksi aku semakin kuat, itulah pertama kali dalam hidup aku kesakitan akibat kontraksi.  

Waktu itu, mulut aku tak berhenti mengucap dan saat itulah aku memerlukan sesorang yang paling aku sayang.  Encik besar.  Ye, saat itu hanya dia sahaja dalam kepala otak aku.  Aku laluinya seorang diri tiada sesiapa akan temani aku.  Aku nak anak aku jua akan tabah dan kuat macam aku. :)

Bermalam di hospital bukan sesuatu yang mengembirakan aku.  Malah itu yang aku cuba elakkan.  Aku tak suka berehat, aku fikirkan tentang kerja aku di pejabat.  aku rela tidur dirumah seorang diri dari tidur di hospital yang sentiasa mengambiltahu tentang sakit aku, makan aku. Arggh. Tension.  

2 hari di hospital cuba mengajar aku tentang sesuatu.  Melahirkan dan kelahiran.  Pada mulanya kerisauan memang besar bersarang dalam otak aku.  Apatah lagi ini akan jadi pengalaman pertama aku dalam hidup ini.  Kesakitan yang semua orang tak mampu untuk ceritakan dan gambarkan.  Itulah dia kebesaran Allah.  Hanya dia mampu memahami dan tidak pada semua orang.  Ibu boleh lahirkan 3- 10 orang anak, namun adakah kita sebagai anak mampu jagai ibu seorang? Mengapa bukan lelaki yang melahirkan? Itulah kekuatan seorang wanita dan ibu.

Debaran aku semakin kuat bila doktor cakap aku sedang menanti waktu untuk melahirkan zuriat kami.  Aku sudah punyai tanda, cuma... aku gusar dan bimbang dengan kesakitan, dengan kekuatan, dengan ketabahan aku sendiri.  Aku cuba untuk yakinkan diri aku sendiri.  Ya allah! kuatkan iman hambamu ini, penuhilah dada hambamu ini dengan seribu kekuatan dan kesabaran.

Aminn.

No comments: