June 23, 2011

. When the womb become 9 months .

Penantian satu penyeksaan.  Ayat tu betul, dan tak ada salahnya. 
Aku bukan tak reti bersabar tapi hati aku memberontak untuk lihat hasil kami. Anak kami. 
Ibu mana yang tak excited kan? Selama 9 bulan lebih mengandung, melihat perubahan dirinya sendiri, berbual sekiranya dia keseorangan bila tiba masanya dia sudah tentu tak sabar. Bagaimana rupanya?  Siapa yang lebih gennya?  Ikut siapa perangainya?  Bagaimana dia membesar nanti?  Semua itu bermain dalam kepala sederhana aku ini.  Aki dan nendanya pula hanya menanti penuh sabar, tapi aku pasti mereka tidak seperti aku [mungkin dorang hanya tidak tunjuk saja].  Encik besar pun sama sebenarnya.  

Sejak tanda awal 2 hari lepas berturut-turut dia pula yang beriya suruh aku ke hospital.  Tapi aku tak mahu sebab terlalu awal untuk 'check-in' di hospital. hahaha. Tak mahu aku, kang tak ada selera aku nak makan besar.  Sekarang ini boleh berjalan dan cuci mata lagi. So what for kan?  Encik besar dah ambil 2 hari cuti pula tu.  Kesian dia.  Aku tahu dia pun tak sabar.  Sabarlah sayang ye. 

Semua orang bertanyakan soalan yang sama pada aku, " dah bersalin ke?", " dah masuk spital ke?".  Sampai penat aku nak menjawab.  Last² aku ignore dan keep silent.  Bukan tak hargai, teramat lah suka cuma jauh disudut hati aku timbul pula rasa hampa.  Jadi untuk mengelakkan menjadi lebih teruk baik aku senyapkan diri. Percayalah aku suka bila ada orang concernkan aku cuma buat masa sekarang ini aku harap semua faham. Kecewa pun ada sekarang ini.  Tanda dah ada tapi masih tak ada jalan terbuka. 
My baby now is 9 months!
Barang persiapan sudah kami sediakan dalam kereta, dirumah juga aku dah beriya letakkan di tempat yang sepatutnya, kemas dengan rapi, rumah dibersihkan.  Bidan pun dah ditempah.  Senang cite persiapan tak ada masalah lagi.  Semua makanan yang aku nak rasa pun encik besar dah tolong aku cari dan aku dah tak ada istilah kempunan pun.  Tidur sahajalah yang buat aku jadi bermasalah.  Is normal for pregg woman I guess.  Malam memang aku tak tidur dengan nyenyak.  Pagi saja masa aku boleh tidur.  Itu pun tak lama.  Tidur seketika saja.  Buat aku ambil tenaga.


Aku semakin kerap lapar yang mengila.  Namun ikut selera nak makan apa.  Bukan boleh makan sebarang saja.  Takut muntah.  Anak aku dalam kandungan mungkin dah semakin besar jadi makanan nya juga semakin bertambah.  Kerap haus dan aku kerap minum namun keraplah shh.ssh.. hahaha.
Saat-saat akhir nanti akan aku isikan dalam blog aku nanti untuk tatapan umum dan untuk diri aku sendiri.  Pengalaman pertama biasanya adalah yang terindah dan boleh dijadikan pengajaran. 

June 18, 2011

Why pregg woman so emo?

Marah! Marah! dan Marah!

Gosh!
 Tak tahu dan tak pasti part mana aku nak start dan part mana aku yang menaikkan rasa marah.  Lately aku kurang tidur, kurang makan dan kurang rajin nak melayan bila orang bebual dengan aku.  Kenapa? Hmm.. Aku sendiri susah nak mulakan part mana. 

Aku jadi manusia yang senang nak berkecil hati, senang nak menangis pulak.  Sorry sayang, mummy jadi emotional sejak kebelakang ni. Tapi walaumacamana pun, aku kena sorokkan perangai tu.  Memalam, tarik selimut tutup muka..menangis. Palingkan badan tutup mulut.. menangis. 
Bukan untuk tarik perhatian, cuma aku hanya inginkan tolak ansur dan sedikit saja 
" pemahaman " dari manusia yang bernama lelaki. Susah agaknya. 


Badan aku sakit, pinggang macam nak patah. Bukan merungut tapi harap ada orang concern lah kan.Aku kena banyakkan bersabar, bagi aku menunggu kelahiran permata pertama sangat mencabar.  Kerana aku tak pasti dan tidak pernah pula rasa. First time experience so, I need to learn it more.

June 09, 2011

Seorang lelaki ; seorang bapa

Seharusnya ayah diperlukan, bukan kerana ayah terpaksa ada
Seharusnya ayah perlu berehat, bukan kerana ayah sakit
Seharusnya ayah perlu bersenang, bukan kerana ayah ada wang
Seharusnya ayah perlu sentiasa tersenyum, bukan hanya untuk sehari

Seingat dulu waktu kecil, ayah bukan seorang yang kami senangi
Kami takut dan itu tak wajar kami rasakan dalam usia kami
Tapi masa dah berlalu pergi, 
Kami semakin dewasa dan belajar mengenal hidup yang ayah pernah lalui

Dulu kami masih belum celik
Dulu kami masih belum sedar
Dulu kami masih ketidakmatangan
Dulu kami mengikut perasaan
Kini dunia sudah berubah
Dunia mengajar kami agar lebih berfikiran terbuka
mengenal yang baik dan buruk, itu semua berkat doa ayah

Walau kami tidak lagi rasa pelukan sayang dari ayah
Kami faham. Cukup dengan apa yang kami rasa ayah sudah limpahkan.
Walaupun kita tidak lagi serumah. Kami faham.
Cukup dengan kerisauan ayah terhadap kami sekiranya kami tidak pulang.
Terima kasih ayah.

Mr King ; En Kamal Ariffin B Ahmad


Selamat Hari Bapa.

June 05, 2011

Kekal untuk berapa tahun?

Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.

Bila dah berehat, banyak yang aku kenangkan.  Semualah termasuk yang tak perlu aku kenangkan.  Past life.



Yes, everyone said that my life now is perfect.  But for me, is not yet.  Banyak lagi aku kena capai, termasuk hidup aku yang masih samar² lagi.  Bila dah makin jauh dan makin dalam perjalanan hidup baru aku sedar kawan hidup mati dgn kawan sukaria tak sama.  Banyak perbezaan, jauh sangat. I'm not blind or deaf.  Just I can't see because life is so misery. You need to pack your stuff and prepare to get travel the world. The world of life and friendship.  You'll get the bad one or the good.  Face it or you lose everything.  If your try atleast you can learn how is could be happen and for next, you'll be prepared. Is right? 

Thanks god.  I've my love, my heart and my life.  Encik besar, Fazd and Dd make my life more exciting. Like people said : Life is nothing without friends.  Yes, that's true.  Ada setengah orang rasa cukup dengan ada suami sebagai pembimbing tapi bagaimana dengan jiwa? hati? keseronokan dan kegembiraan?  Anak memang satu zuriat dan rezeki dari Allah yang tak ternilai.  Namun luahan hati bagaimana untuk kita simpan? kongsikan? 

Faz dan dd thanks ok. Banyak yang kamu semua bantu aku. Tak terhingga rasanya.  Sayang betul kita tak dekat antara satu sama lain.  Agaknya berapa tahun lagi kita akan kekal sebagai kawan? Kawan dunia dan akhirat? 

Funny! Tengok cite neh, mesti teringatkan korang. Dari Zirafah - Faz ; Sumbu Air - Dd ; Lion - mestilah aku ; Kuda belang - Dhobit.

June 02, 2011

Ketika dan semasa..

Arggh! 
Asalnya aku ada appointment dengan Doktor Ayu tapi ceritanya jadi lain pula.  Kebetulan Doktor Ayu mengerjakan umrah dan digantikan dengan Doktor Fadillah. 31 Mei memang satu cerita yang malang untuk aku, aku mengalami kontraksi dan pergerakkan bayi yang kerap.  Kalau doktor risau, apa lagilah aku yang mengandung.

Aku dimasukkan ke wad dan ada satu pengalaman yang baru untuk aku ketika dimasukkan dalam dewan bersalin.  Aku diperiksa sama ada anak aku ada pergerakkan yang kerap atau tidak dan kontraksi bagaimana aku alami. Nurse pelik dengan aku, sebab katanya aku punyai sakit menegang setiap 10minit namun tiada kesakitan pelik yang aku alami. Tapi ada satu tahap kontraksi aku semakin kuat, itulah pertama kali dalam hidup aku kesakitan akibat kontraksi.  

Waktu itu, mulut aku tak berhenti mengucap dan saat itulah aku memerlukan sesorang yang paling aku sayang.  Encik besar.  Ye, saat itu hanya dia sahaja dalam kepala otak aku.  Aku laluinya seorang diri tiada sesiapa akan temani aku.  Aku nak anak aku jua akan tabah dan kuat macam aku. :)

Bermalam di hospital bukan sesuatu yang mengembirakan aku.  Malah itu yang aku cuba elakkan.  Aku tak suka berehat, aku fikirkan tentang kerja aku di pejabat.  aku rela tidur dirumah seorang diri dari tidur di hospital yang sentiasa mengambiltahu tentang sakit aku, makan aku. Arggh. Tension.  

2 hari di hospital cuba mengajar aku tentang sesuatu.  Melahirkan dan kelahiran.  Pada mulanya kerisauan memang besar bersarang dalam otak aku.  Apatah lagi ini akan jadi pengalaman pertama aku dalam hidup ini.  Kesakitan yang semua orang tak mampu untuk ceritakan dan gambarkan.  Itulah dia kebesaran Allah.  Hanya dia mampu memahami dan tidak pada semua orang.  Ibu boleh lahirkan 3- 10 orang anak, namun adakah kita sebagai anak mampu jagai ibu seorang? Mengapa bukan lelaki yang melahirkan? Itulah kekuatan seorang wanita dan ibu.

Debaran aku semakin kuat bila doktor cakap aku sedang menanti waktu untuk melahirkan zuriat kami.  Aku sudah punyai tanda, cuma... aku gusar dan bimbang dengan kesakitan, dengan kekuatan, dengan ketabahan aku sendiri.  Aku cuba untuk yakinkan diri aku sendiri.  Ya allah! kuatkan iman hambamu ini, penuhilah dada hambamu ini dengan seribu kekuatan dan kesabaran.

Aminn.