May 05, 2011

Selamat Hari Ibu

Mama,
Setiap hari yang saya lalui tak banyak ada sedikit semuanya memberikan kesan.
Kesan yang akan saya ingat sampai bila-bila.
Sampai mati dan tidak pernah padam.
Erti kasih sayang yang mama curahkan, erti kesabaran yang mama tonjolkan.

Wanita yang saya kenali sebagai mama tidak pernah terpadam erti susah senangnya.
Cemuhan tentang anaknya, cacian mengenai keluarganya.
Mama kuat, mama teguh, mama tabah.
Anak mama tidak akan pernah lupa, percayalah.  

Itulah yang menjadi kami sayangkan mama.
Kepayahan mama mengandungkan, melahirkan dan membesarkan.
Saya bakal rasai, dan doa mama amat saya harapkan.
Agar saya sempat membesarkannya didepan mata mama.

Setiap senyuman, gelak tawa dan tangis hiba mama.
Setiap satunya meruntun jiwa saya.  
Saya tak suka orang sakitkan hati mama, kecewakan mama, buat mama risau.
Sekiranya ada orang luar buat mama saya perkara sebegitu.
Pecayalah mama, saya tak akan maafkan mereka.

My heart : Madam Norizah Binti Moonajat

No comments: