April 10, 2011

Faham ke tak faham?

Kehidupan aku semakin hari semakin berseri, dengan kebahagiaan rumahtangga dan juga keluarga yang tak putus² bagi harapan pada aku.  Semestinya kekuatan aku untuk anak yang aku kandungkan sudah mencecah hampir 29 minggu.  Bersyukur sangat pada yang ESA. 

Cuma tipu kalau aku katakan yang aku tidak pernah bertekak dan berselisih faham dengan encik besar.  Ada! banyak kali dan setiap hari itu ada saja yang tidak sesuai pada mata aku tentang dia.  Mungkin kecil atau besar itu terpulanglah pada kesilapannya yang aku lihat pada hari itu.  Kadang-kala rasa kasihan tapi pada sudut yang berbeza aku rasa itu semua perlu aku luahkan untuk beritahu pada dia yang aku tidak mahu diulangi kesilapan itu. Tapi... masalahnya dia lelaki yang sukar mengerti dan sering lupa.  Aku semakin penat.

Aku tahu aku tidak boleh salahkan encik besar 100%.  Kadang² aku sedar semua ini mungkin datangnya dari aku, dari sikap aku yang tidak sabar, dari perangai aku yang baran dan ketidakstabilan hormon aku pada waktu itu.  Aku wanita biasa, dengan keadaan aku yang mengandung buat aku jadi panas, tidak selesa dan sering jiwa kacau.  Aku mengharapkan sesuatu yang dia tak mampu buat.  Seperti kesempurnaan, kefahaman dia tentang wanita seperti aku, kasih sayang sepenuhnya untuk aku.  Dia lelaki biasa, ada kesilapan dan pelupa setiap masa.  Aku memang layak untuk bosan tapi sampai bila? 

Aku mungkin bukan isteri yang sempurna untuk dia, aku tak boleh berikan apa yang dia mahukan setiap masa tapi aku senantiasa mencuba walaupun sukar tapi itu satu cabaran dan tanggungjawab itulah aku sentiasa pikul untuk rumahtangga kami.  Give up? not for me. Also not in my dictionary. I'll never give up and I'll stand up for our happiness.  Trust me my dear. Kerana cinta mendalam aku sanggup lakukan apa saja.  Nyawa dan ego lah yang paling akan aku turutkan untuk kebahagiaan kami dan dia.

Mungkin dia tidak pernah melihat dan sedar akan perbuatannya, tapi aku jua tak pernah lepas dari kesilapan.  Memang kecil tapi segalanya nampak besar untuk aku sekarang ni.  Aku terlalu emosional agaknya, tapi perlu ke aku suarakan? Lelaki...

Sebagai seorang isteri tiada yang paling dia utamakan dalam hidupnya, suami dan anak.  Itu yang aku rasakan sekarang.  Jiwa seorang isteri terlalu berbahagi² dan aku tidak berkecuali.  Kasih sayang aku sekarang terletak untuk rumahtangga kami. Aku tidak pernah menyesal dan tidak sekali. Aku harap encik besar jua berperasaan sebegitu.  Itu yang aku harapkan. 



No comments: