April 12, 2011

Ketidak - ketenangan

Penat! Letih! Tekanan!

Semua ada sekarang bersarang dalam kepala hotak aku.  Penat dengan sekeliling, letih untuk melayan dan jadi tekanan bila fikirkan semua yang benar² mencabar diri dan perasaan aku.  Aku semakin jelak dengan semua yang berlaku.  Kadang-kala aku pelik, mengapa aku seakan timbul rasa ketidakpuashati dengan semua ini.  Tentang hidup dan tentang ketidak adilan manusia pada manusia yang lain.

Puas rasa menjaga hati orang lain dan sentiasa berpura-pura.  Ya, memang aku pelakon yang hebat, hebat untuk semua. Hebat untuk menjaga hati orang lain dan sentiasa fikirkan kehendak orang lain demi kebaikan mereka sendiri.  Namun, bagaimana dengan aku? bagaimana dengan keluarga aku? bagaimana dengan kehidupan aku?  Bagaimana dengan perasaan aku sendiri?  Adakah perlu aku ketepikan hanya kerana orang lain?  Manusia yang tidak pernah terlintas dihati mereka tentang hati aku?

Apa yang aku miliki sekarang sudah cukup untuk menjamin kebahagiaan aku, cuma aku keliru dengan tindakan aku sendiri.  Luahan aku tidak bersuara, hanya layangan jejari di setiap abjad di keyboard.  Berhargakah dengan semua apa yang luahkan ini?  Apa salah telah aku lakukan sehingga jiwa dan hati aku terguris sebegini rupa?  Terlalu keras ke tindakan dan cara aku?  Terlalu kasar ke bahasa telah aku lafazkan?  Ayat² aku tidak sesuai ke?....Tolong terangkan pada aku sesuatu.  Sesuatu yang aku perlu tahu selama ini.

Aku rasa aku telah banyak korbankan jiwa dan hati aku, masa deoan aku dan kehidupan aku.  Bodoh sangat agaknya aku tapi bijakkah aku sekiranya aku terlalu pentingkan diri?  Persoalan demi persoalan bermain dalam fikiran aku.  Aku hanya perlukan sesorang yang boleh mengerti dan percaya akan segala apa yang aku lakukan.  Dari keluarga, kerja dan cinta aku tak terbilangnya bila bicarakan tentang pengorbanan.  Tidak ada sekelumit perasaan mereka tentang aku? kehendak aku?

Dari ayah, mama dan adik beradik semuanya aku lakukan demi kerana mereka.  Dari seorang kekasih ke teman hidup yang sah aku cuba untuk buangkan semua prasangka demi menjaga keharmonian namun jiwa aku masih dalam keadaan yang tidak puas, tidak tenang, tidak aman.  Ya allah..bantuilah hambamu ini. Terangilah jalan yang perlu aku lalui agar ketenangan berpihak kepadaku.


Nota kasih :
Andai satu hari ajal memisahkan jasad dan roh, tolong sampaikan jiwa raga aku menangis akan perpisahan ini walaupun aku tahu aku perlu redha akan qada dan qadar yang dituliskan-NYA.  Harapan akhir dan cinta aku untuk anakku hanya satu dan segala kekayaan dunia aku tinggalkan agar dimafaatkan untuk semua. Terutamanya si jantung hati. 

April 10, 2011

Faham ke tak faham?

Kehidupan aku semakin hari semakin berseri, dengan kebahagiaan rumahtangga dan juga keluarga yang tak putus² bagi harapan pada aku.  Semestinya kekuatan aku untuk anak yang aku kandungkan sudah mencecah hampir 29 minggu.  Bersyukur sangat pada yang ESA. 

Cuma tipu kalau aku katakan yang aku tidak pernah bertekak dan berselisih faham dengan encik besar.  Ada! banyak kali dan setiap hari itu ada saja yang tidak sesuai pada mata aku tentang dia.  Mungkin kecil atau besar itu terpulanglah pada kesilapannya yang aku lihat pada hari itu.  Kadang-kala rasa kasihan tapi pada sudut yang berbeza aku rasa itu semua perlu aku luahkan untuk beritahu pada dia yang aku tidak mahu diulangi kesilapan itu. Tapi... masalahnya dia lelaki yang sukar mengerti dan sering lupa.  Aku semakin penat.

Aku tahu aku tidak boleh salahkan encik besar 100%.  Kadang² aku sedar semua ini mungkin datangnya dari aku, dari sikap aku yang tidak sabar, dari perangai aku yang baran dan ketidakstabilan hormon aku pada waktu itu.  Aku wanita biasa, dengan keadaan aku yang mengandung buat aku jadi panas, tidak selesa dan sering jiwa kacau.  Aku mengharapkan sesuatu yang dia tak mampu buat.  Seperti kesempurnaan, kefahaman dia tentang wanita seperti aku, kasih sayang sepenuhnya untuk aku.  Dia lelaki biasa, ada kesilapan dan pelupa setiap masa.  Aku memang layak untuk bosan tapi sampai bila? 

Aku mungkin bukan isteri yang sempurna untuk dia, aku tak boleh berikan apa yang dia mahukan setiap masa tapi aku senantiasa mencuba walaupun sukar tapi itu satu cabaran dan tanggungjawab itulah aku sentiasa pikul untuk rumahtangga kami.  Give up? not for me. Also not in my dictionary. I'll never give up and I'll stand up for our happiness.  Trust me my dear. Kerana cinta mendalam aku sanggup lakukan apa saja.  Nyawa dan ego lah yang paling akan aku turutkan untuk kebahagiaan kami dan dia.

Mungkin dia tidak pernah melihat dan sedar akan perbuatannya, tapi aku jua tak pernah lepas dari kesilapan.  Memang kecil tapi segalanya nampak besar untuk aku sekarang ni.  Aku terlalu emosional agaknya, tapi perlu ke aku suarakan? Lelaki...

Sebagai seorang isteri tiada yang paling dia utamakan dalam hidupnya, suami dan anak.  Itu yang aku rasakan sekarang.  Jiwa seorang isteri terlalu berbahagi² dan aku tidak berkecuali.  Kasih sayang aku sekarang terletak untuk rumahtangga kami. Aku tidak pernah menyesal dan tidak sekali. Aku harap encik besar jua berperasaan sebegitu.  Itu yang aku harapkan.