March 31, 2011

Surat Khabar Untuk Hari Ini

Yahoo! What else can I say? .  Sekarang aku dah ada geng untuk kelab ibu mengandung.  Banyak benda aku boleh share dengan dia nanti.  Seorang kawan aku dah pun pregnant dan akulah yang paling gembira dengan perkhabaran baru dia tu [ kalahkan laki dia pulak ].  Alhamdulilah. rezeki dia. Harap² kali ini akan kekal dan bersalin dengan selamat [ jangan lupa pula letak nama aku dalam surat beranak dia sebagai ibu angkat ] :))

Sebenarnya ramai rakan aku dah bergelar ibu dan bakal ibu pun lagi ramai.  Sesama belajar, sesama kelas, sesama sekolah dan sesama perjuangan REMAJA dulu.  Dulu tengok macam cicak kobeng jep, sekarang dah kalah tong deram pun ada [ termasuklah sekali dengan aku ].  Dulu ada bf kalau boleh nak main cak-cak lagi, sekarang ini memasing dah post gambar suami bebesar di fb [ aku masih lagi dalam misteri ].  Betul orang cakap, zaman remaja banyak kenangan manis dan pahitnya, sekaligus mengajar sesuatu yang paling berharga dalam hidup dan zaman perkahwinan ini tak boleh diganti.

Taniah ye kepada sahabat dunia & akhirat aku tu.  Harap² dia sentiasa ingat aku di sini. Siapa sangka status bagi seorang ibu akan mengubah segalanya.  Insyallah. Kebahagiaan dalam rumahtangga bukan susah untuk dicari, perlu ada kesabaran.  Aku percaya semua orang berhak untuk dapatkan kebahagiaan masing² cuma yang berbeza cara kita untuk mencari dan terima kebahagiaan itu.  Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat aku.  Love you. [so touching].

Apa yang menarik tentang setiap minggu aku meniti alam mengandung ni ialah kalau boleh every week aku akan check email aku.  Untuk apa?  Di BabyCenter  ini jawapannya. Aku excited gile buka email hari isnin or selasa.  Untuk check apa status kandungan aku, apa yang bakal aku lalui, berapa besar anak aku.  Eh, banyak knowledge aku boleh dapat dengan website tu.  So, suggestion untuk ibu² mengandung silalah register di website ini.  Bukan apa, dari kosong baik isi sikit dengan ilmu.  Lagi² untuk ibu² yang first time - mom ni [ macam aku ]. Boleh tengok video lagi tau, apa yang bakal si permata hati kita buat dalam rahim kita.  Serious! mesti sebak macam aku.

Selain itu, kalau kita yang masih tercari² cara untuk gettin pregg pun boleh rerajin kat website ni. Dia akan ajar apa yang patut kita buat untuk pregg.  Jangan segan dan malulah ye kakak, adik dan makcik². Silakan..silakan.



dari mulut ke tangan :
Taniah! Puan NurShazreen Nadia & Muhammad Hakim

No comments: