March 22, 2011

Perasaan bercampur gaul dan aduk

Alhamdulilah, pagi ini aku dapat tahu kenalan fb aku dah bersalin dan she post her first baby girl's pictures.  So Excited! Terharu bila tengok seorang wanita berhempas pulas bertarung nyawa untuk melahirkan sebuah permata keluarga.  Kaum lelaki mungkin tidak sedar, walaupun mereka dalam kepenatan setelah bertarung nyawa, seorang wanita yang juga dipanggil ibu tetap hanya satu dalam kepala mereka.  ANAK.  Dia tetap mahu anak yang mereka kandung selama 9 bulan berada di dalam dakapannya.

Aku semakin tidak sabar rasanya.  26 Minggu ini cukup mengajar aku erti kesabaran.  Sabar untuk menanti, namun tipu kalau aku kata aku tidak berdebar.  Encik besar pun hampir setiap hari akan bertanyakan keadaan anak dalam perut.  Siap bernyanyilah bagai [macamlah anak dengar suara awak encik besar].

Menjadi trend sekarang, gambar anak dipaparkan didalam album fb or laman sosial yang lain.  Dengan kata berkongsi dengan rakan² yang lain.  Bukan satu perkara yang negative, malah itu salah satu cara untuk bertukar pandangan dan juga kenangan sesama rakan / kenalan yang jauh dimata.  Namun untuk aku, encik besar dah memberi amaran dan pesanan tajam.  " Jangan letak gambar anak setelah bersalin nanti, tunggu sampai anak sudah 2 bulan ".  Wah! bunyi macam kejam tapi sebagai isteri aku faham dan akur.  Mungkin sebagai bapa dia ingin privasi untuk anak dia sendiri [walaupun dia bukan artis pun sampai nak privasilah bagai].  

Tak mengapa, setiap orang ada pelbagai cara untuk berkongsi.  Mungkin pada kami, kami ingin rakan² datang ke rumah dan lihat sendiri dengan mata kepala masing² rupa anak kami.  Lagipun nak cari kelainan sikit.  Aku akan letak gambar anak aku untuk tatapan umum di blog dulu.  Kenapa?  Kerana blog inilah luahan hati dan sebagai ibu gambaran kegembiraan haruslah meluas di blog.  Menabjubkan!.

Sekali lagi aku tengok gambar bayi dimana-mana gambar atau laman web aku jadi sedih.  Bukan tak gembira.  Hanya perasaan aku tidak tahu nak ceritakan macamana, terlalu bercampur baur, ada terharu, tidak sabar, gembira dengan rezeki ALLAH, takut, cuak.  Arghh.. macam²lah.  Semua ada, kalau boleh aku nak ianya cepat berlalu dan aku tidak sedar.  Tapi kata orang sekiranya setiap saat kita cepatkan, kita akan rugi.  Kita akan rugi kerana tidak merasakan setiap saat yang berlalu tu.  Setiap malam aku akan berdoa agar ALLAH akan permudahkan saat aku bersalin nanti.  

Amiinn.

No comments: