March 16, 2011

Mood yang berlari

Pagi² mood dah lari jauh tak tahu berapa batu. Mungkin pergi ke selatan utara or mungkin pergi timur laut. Mana ketidak pagi² hujan melimpah², lebat semacam.  Hati dah fikir macam², nak banjir lagi ke? effect dari kejadian dari Jepun ke? Timbul pula rasa risau kat encik besar.  Menongkat arus lah nampaknya dia pagi² dengan hujan lebat ni.  Bukan nak jadikan hujan musuh ketat tapi adakalanya hujan buat aku takut. Itulah manusia, bila panas nak hujan kasi sejuk bila dah hujan melampau pula nak panas.  :)

Pasal tsunami di Jepun itu, apa yang boleh aku lahirkan jauh dari sudut hati aku adalah SIMPATI.  Teramat sangatlah sedih dengan apa yang dah berlaku di sana.  Aku ada sahabat yang masih belajar disana, bagaimana keadaan dorang disana? Makan cukup tak? kesihatan terjaga ke?  Nak message tak reply, fb tak online pula. :( Insyallah, Allah sentiasa menjaga kebajikan umat² nya.

Sekarang ini sibuk heboh tentang hujan asid, sebenarnya apa yang aku tahu hal hujan asid ini dah lama sebelum kejadian di Jepun lagi tapi orang tidak ambil berat.  Hujan asid ini bukan kerana nuklear di Jepun tapi kerana pencemaran yang memang dah berlaku di Malaysia sendiri.  Cuba tengok cara kita menjaga alam sekitar.  Bukan untuk mengutuk cara rakyat Malaysia, cuma hanya melahirkan rasa terkilan.  Pembuangan sampah, sungai yang tidak terurus dan sebagainya.  Letih memang letih untuk kita cakap hal ini. Saaaaabbbaar jep lah. Entah ada lagi tak namanya sungai waktu anak aku lahir nanti. 

Enough! Hujan still lagi tak berhenti². Harap² tidak lagi berlakunya banjir.

No comments: