March 15, 2011

Nightmare

Mimpi mainan syaitan. Itu yang perlu aku sentiasa simpan dalam kepala.  Tapi tipulah kalau tak gerun.  Mana tak nightmare aku membabitkan orang² yang aku sayang. Adoi! payah nak lupa.  Lagi pulak sekarang gile vavi banyak cite mengerunkan manusia, cite dan filem sekarang tak pakai manusia jadi hantu, sebab dorang dah boleh cari he-hantu untuk lakonkan watak hero & heroin.  Ianya makin parah sebab aku dah terbawa-bawa kekadang.  Selisih Mak!

Saat sekarang ini, memang banyak drama aku dah buat rasanya.  Dengan sakitnya, dengan saratnya, dengan keadaan yang tidak mengizinkannya, dengan aktiviti nak dibuat.  Kesian encik besar, bila puan kecil asyik mengeluh sakit pinggang, sakit dada dan sakit perut.  Ehm.. bukan sengaja tapi tak tahu nak mengadu pada siapa.

Malam tadi sahaja dah mimpi buruk.  Ikutkan memang unlogic and funny! :p Mana tak, aku mimpi perut aku yang sedang membesar ini terbelah dua dan keluar kaki baby.  Argh! tak menjerit ke aku mak oit.  Kelakar kan? But that's true.  Ye lah, true in dreaming. Kesakitan yang terbelah itu memang tragis gila.  Ada doktor yang baik hati bantu aku, tapi aku masih tak boleh cam siapa doktor tu.  Argh. Lupakanlah mimpi itu, lupakan. 

Realitinya aku masih sihat walafiat dan dengan segar bugarnya aku semakin kuat makan. Dalam seminggu dah naik 1.8kg. Mak aik, obvious kan? kuat makan. Gelak lah semua.  Aku happy dengan keadaan sekarang dah tak perlu risau tentang berat, tembam naik berapa inci dan babat dah tebal mana. :p Yang penting, kandungan aku sihat dan aku makin SIHAT dan encik besar tidak perlu risau² nak angkat aku kalau aku tertidur kat ruang tamu.  Dia kejut dan sekiranya tiada respon gerakan dari aku, dia tinggalkan aku dalam keadaan gelap.  [yang mana dia tahu aku mengalami fobia DARKNESS!] Lincah saja aku bangkit dan cari katil. 

Duit belanja pun semakin susut, tapi encik besar kata tak mengapa sebab tabung untuk sara makanan aku memang sentiasa ada.  Dulu aku jarang makan jadi tak bergerak sangatlah tabung sara makanan aku tu.  Cuma tabung sara SHOPPING jep yang tak pernah cukup [ haha..mampus aku ]. Sekarang ini, aku dah semakin jarang nak berjalan, kaki dah sakit badan dah berat itu yang jarang nak menghabiskan masa kat Shopping Mall [ selamat encik besar ye.]

Selepas ini, waktu tidur aku akan dihabiskan dengan tidur² ayam jep lah. Sebabnya aku takut dengan nightmare aku sendiri.  Cerita² hantu pun perlu dielakkan sekarang ini. Takut terkenan pulak. Selisih lagi sekali mak!

No comments: