March 29, 2011

Meluap² darah mendidih - Haiwan Pelik

Geli mak! geli nyah! adoi, mencarut macam-macam aku kan? Mana taknya, dada dah berombak-ombak tahan marah dan rasa ketakutan pun ada.  Tengah² excited kemas barang-barang baby, entah dari celah mana "mak menti" datang.  Apa lagi aku jeritan wanita aku keluarlah.  Sekali dia panjat kaki aku, aku terhenjut² dan tak boleh nak kawal badan, aku terlanggar almari baju aku.  Adoi, seriously memang sakit perut aku.  Senaklah sekejap.

Bermaki-an en cik besar, dia mulakan gerakan mencari "mak menti" dengan kayu dan shieldtox.  Memang kelakar, nak bunuh "mak menti" dengan spray nyamuk kan?  Tapi itu saja dalam kepala hotak dia.  Aku dah terduduk dalam bilik,  encik besar panik juga tengok muka aku dah semacam tahan sakit perut.  Dia kerisau-an, dia suruh aku duduk atas sofa sementara dia mulakan gerakan mencari dan menghalau.  Lepas satu² kisah "haiwan pelik" dalam rumah aku ni.  Sakit gak mata aku tengok.

Jadi aku dan encik besar cuba cari jalan camana nak elakkan haiwan pelik ni masuk lagi kawasan rumah aku lagi.  Operasi mencari racunlah, ubat serbuklah dan lelain.  Banyak gak yang dicadangkan tapi encik besar masih mengambil kira keadaan aku dengan ubat² kimia ni.  Dia risau akan mendatangkan efek pada aku yang sedang membuyung ni.  Sayang betul dia dengan aku [ bangga gak ].

Sebenarnya sebelum "mak menti" banyak lagi yang dah pernah masuk rumah aku ni.  Semut seharuslahkan.  Dengan sifat aku yang suka dengan makanan manis takkanlah semut takada yang masuk.  Tapi semut di kawasan rumah aku ni, besar gua cakap lu..gerun gak aku nak tengok.  Berbala-bala tentera dorang invite walaupun uninvited.  Itu tak termasuk dengan belalanglah, lipaslah dan paling aku dan encik besar bengang cicakssss.  Argh. tension sebab cecicak ni semua buang khazanah bersepah² kat rumah aku.  Adoi sampai barang baby pun ada yang terkena.  Itu yang mendatangkan kemarahan pada encik besar.

So, untuk cicak kami beli spray halau cicak.  Itu tak menjadi pun.  Menghampakan betul.  Mengecewa.
Jadi aku biarkan dan aku telah sumbat semua lelubang yang menjadi laluan masuk cicak dan agak kuranglah cicak masuk.  Padan muka.  Puas hati aku.  

No comments: