March 31, 2011

Surat Khabar Untuk Hari Ini

Yahoo! What else can I say? .  Sekarang aku dah ada geng untuk kelab ibu mengandung.  Banyak benda aku boleh share dengan dia nanti.  Seorang kawan aku dah pun pregnant dan akulah yang paling gembira dengan perkhabaran baru dia tu [ kalahkan laki dia pulak ].  Alhamdulilah. rezeki dia. Harap² kali ini akan kekal dan bersalin dengan selamat [ jangan lupa pula letak nama aku dalam surat beranak dia sebagai ibu angkat ] :))

Sebenarnya ramai rakan aku dah bergelar ibu dan bakal ibu pun lagi ramai.  Sesama belajar, sesama kelas, sesama sekolah dan sesama perjuangan REMAJA dulu.  Dulu tengok macam cicak kobeng jep, sekarang dah kalah tong deram pun ada [ termasuklah sekali dengan aku ].  Dulu ada bf kalau boleh nak main cak-cak lagi, sekarang ini memasing dah post gambar suami bebesar di fb [ aku masih lagi dalam misteri ].  Betul orang cakap, zaman remaja banyak kenangan manis dan pahitnya, sekaligus mengajar sesuatu yang paling berharga dalam hidup dan zaman perkahwinan ini tak boleh diganti.

Taniah ye kepada sahabat dunia & akhirat aku tu.  Harap² dia sentiasa ingat aku di sini. Siapa sangka status bagi seorang ibu akan mengubah segalanya.  Insyallah. Kebahagiaan dalam rumahtangga bukan susah untuk dicari, perlu ada kesabaran.  Aku percaya semua orang berhak untuk dapatkan kebahagiaan masing² cuma yang berbeza cara kita untuk mencari dan terima kebahagiaan itu.  Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat aku.  Love you. [so touching].

Apa yang menarik tentang setiap minggu aku meniti alam mengandung ni ialah kalau boleh every week aku akan check email aku.  Untuk apa?  Di BabyCenter  ini jawapannya. Aku excited gile buka email hari isnin or selasa.  Untuk check apa status kandungan aku, apa yang bakal aku lalui, berapa besar anak aku.  Eh, banyak knowledge aku boleh dapat dengan website tu.  So, suggestion untuk ibu² mengandung silalah register di website ini.  Bukan apa, dari kosong baik isi sikit dengan ilmu.  Lagi² untuk ibu² yang first time - mom ni [ macam aku ]. Boleh tengok video lagi tau, apa yang bakal si permata hati kita buat dalam rahim kita.  Serious! mesti sebak macam aku.

Selain itu, kalau kita yang masih tercari² cara untuk gettin pregg pun boleh rerajin kat website ni. Dia akan ajar apa yang patut kita buat untuk pregg.  Jangan segan dan malulah ye kakak, adik dan makcik². Silakan..silakan.



dari mulut ke tangan :
Taniah! Puan NurShazreen Nadia & Muhammad Hakim

March 29, 2011

Meluap² darah mendidih - Haiwan Pelik

Geli mak! geli nyah! adoi, mencarut macam-macam aku kan? Mana taknya, dada dah berombak-ombak tahan marah dan rasa ketakutan pun ada.  Tengah² excited kemas barang-barang baby, entah dari celah mana "mak menti" datang.  Apa lagi aku jeritan wanita aku keluarlah.  Sekali dia panjat kaki aku, aku terhenjut² dan tak boleh nak kawal badan, aku terlanggar almari baju aku.  Adoi, seriously memang sakit perut aku.  Senaklah sekejap.

Bermaki-an en cik besar, dia mulakan gerakan mencari "mak menti" dengan kayu dan shieldtox.  Memang kelakar, nak bunuh "mak menti" dengan spray nyamuk kan?  Tapi itu saja dalam kepala hotak dia.  Aku dah terduduk dalam bilik,  encik besar panik juga tengok muka aku dah semacam tahan sakit perut.  Dia kerisau-an, dia suruh aku duduk atas sofa sementara dia mulakan gerakan mencari dan menghalau.  Lepas satu² kisah "haiwan pelik" dalam rumah aku ni.  Sakit gak mata aku tengok.

Jadi aku dan encik besar cuba cari jalan camana nak elakkan haiwan pelik ni masuk lagi kawasan rumah aku lagi.  Operasi mencari racunlah, ubat serbuklah dan lelain.  Banyak gak yang dicadangkan tapi encik besar masih mengambil kira keadaan aku dengan ubat² kimia ni.  Dia risau akan mendatangkan efek pada aku yang sedang membuyung ni.  Sayang betul dia dengan aku [ bangga gak ].

Sebenarnya sebelum "mak menti" banyak lagi yang dah pernah masuk rumah aku ni.  Semut seharuslahkan.  Dengan sifat aku yang suka dengan makanan manis takkanlah semut takada yang masuk.  Tapi semut di kawasan rumah aku ni, besar gua cakap lu..gerun gak aku nak tengok.  Berbala-bala tentera dorang invite walaupun uninvited.  Itu tak termasuk dengan belalanglah, lipaslah dan paling aku dan encik besar bengang cicakssss.  Argh. tension sebab cecicak ni semua buang khazanah bersepah² kat rumah aku.  Adoi sampai barang baby pun ada yang terkena.  Itu yang mendatangkan kemarahan pada encik besar.

So, untuk cicak kami beli spray halau cicak.  Itu tak menjadi pun.  Menghampakan betul.  Mengecewa.
Jadi aku biarkan dan aku telah sumbat semua lelubang yang menjadi laluan masuk cicak dan agak kuranglah cicak masuk.  Padan muka.  Puas hati aku.  

March 22, 2011

Perasaan bercampur gaul dan aduk

Alhamdulilah, pagi ini aku dapat tahu kenalan fb aku dah bersalin dan she post her first baby girl's pictures.  So Excited! Terharu bila tengok seorang wanita berhempas pulas bertarung nyawa untuk melahirkan sebuah permata keluarga.  Kaum lelaki mungkin tidak sedar, walaupun mereka dalam kepenatan setelah bertarung nyawa, seorang wanita yang juga dipanggil ibu tetap hanya satu dalam kepala mereka.  ANAK.  Dia tetap mahu anak yang mereka kandung selama 9 bulan berada di dalam dakapannya.

Aku semakin tidak sabar rasanya.  26 Minggu ini cukup mengajar aku erti kesabaran.  Sabar untuk menanti, namun tipu kalau aku kata aku tidak berdebar.  Encik besar pun hampir setiap hari akan bertanyakan keadaan anak dalam perut.  Siap bernyanyilah bagai [macamlah anak dengar suara awak encik besar].

Menjadi trend sekarang, gambar anak dipaparkan didalam album fb or laman sosial yang lain.  Dengan kata berkongsi dengan rakan² yang lain.  Bukan satu perkara yang negative, malah itu salah satu cara untuk bertukar pandangan dan juga kenangan sesama rakan / kenalan yang jauh dimata.  Namun untuk aku, encik besar dah memberi amaran dan pesanan tajam.  " Jangan letak gambar anak setelah bersalin nanti, tunggu sampai anak sudah 2 bulan ".  Wah! bunyi macam kejam tapi sebagai isteri aku faham dan akur.  Mungkin sebagai bapa dia ingin privasi untuk anak dia sendiri [walaupun dia bukan artis pun sampai nak privasilah bagai].  

Tak mengapa, setiap orang ada pelbagai cara untuk berkongsi.  Mungkin pada kami, kami ingin rakan² datang ke rumah dan lihat sendiri dengan mata kepala masing² rupa anak kami.  Lagipun nak cari kelainan sikit.  Aku akan letak gambar anak aku untuk tatapan umum di blog dulu.  Kenapa?  Kerana blog inilah luahan hati dan sebagai ibu gambaran kegembiraan haruslah meluas di blog.  Menabjubkan!.

Sekali lagi aku tengok gambar bayi dimana-mana gambar atau laman web aku jadi sedih.  Bukan tak gembira.  Hanya perasaan aku tidak tahu nak ceritakan macamana, terlalu bercampur baur, ada terharu, tidak sabar, gembira dengan rezeki ALLAH, takut, cuak.  Arghh.. macam²lah.  Semua ada, kalau boleh aku nak ianya cepat berlalu dan aku tidak sedar.  Tapi kata orang sekiranya setiap saat kita cepatkan, kita akan rugi.  Kita akan rugi kerana tidak merasakan setiap saat yang berlalu tu.  Setiap malam aku akan berdoa agar ALLAH akan permudahkan saat aku bersalin nanti.  

Amiinn.

March 19, 2011

Perkara baru, benda baru

Whoa. This week, my lunch is Combo deal Domino's Pizza again. :) Imagine, my stomach still singing after I get 1 cup of milk and "Roti Tisu". I need eat again, again and again.  Yes, orang akan kata nafsu, trust me that's not me.  Actually dulu aku paling berkira bab makan, mana ke tidak, nasi pun aku jarang ambil.  But now, 1 day without rice? Oh My GOOOOd! believe me, I can die. 

Pepero topping. Sedap ttuuu~
So, for today 20 Mac 2011, ordering by online so easy, click & order and wait for delivery. Paid and eat. :) Wah, berat? Jangan ditanya sebab dah tak ambil kisah pun.  Tak kiralah berapa kilo naik pun, janji makan puas.  Bukan apa selepas bersalin nanti dah kena berpantang, dan bab makan lagi lah kena sekat.  Kena ambil makanan herba saja, boleh gila nanti.  Sekarang lepas geram dulu.  Encik Besar pun dah pesan,  lepas bersalin kena berpantang betul², biasalah orang dah berkahwin ini lain.  Banyak benda kena jaga.  Bukan anak saja suami pun kena ambil kira juga.

Boleh contact segera.  Memuaskan hati kalau bab layanan.

Semalam aku dan encik besar telah menghadiri post-anenatal class.  I can see improvement in him, alhamdulilah sudi juga dia nak temankan aku pergi class macamgitu.  Bukan senang nak suruh encik besar ikut sekali lagi² kalau nak pergi ke class² macamgini.  Proud with him. Untuk sesiapa yang berminat nak menghadiri ke kelas mengandung ini salah satu cara untuk kita tambah knowledge kita tentang apa yang kita tak pernah lalui.   This is good for first time mom.  Ya, certain people can ask others mom or orang lama-lama but like me, my mum dia tak berapa arif tentang hal macamgini.  Faham² sajalah, dia pun 1st time nenek kot is not similiar situation for them.  I guess. :) For those interested, you all can contact or just click here Post- Antenatal Class hurry up! :)

Banyak perkara aku belajar dari zero to 10.  What should I know, what should I do, what I should care about.  Everything!  I learned from pro. Dari senaman sampailah bersalin semuanya cukup, bukan itu sahaja ada juga diterangkan mengenai selepas kita bersalin, breast-feeding and also about suntikan yang perlu ibu dan bayi ambil selepas dan sebelum bersalin.  Tak boring pun, walaupun ada juga suami² yang lain keluar masuk dewan ambil udara.  But not encik besar kekal di kerusi dan di sisi aku. Thanks my dear.

Kalau ahad saja memang hari yang kosong untuk aku, encik besar akan tidur selagi dia boleh tidur.  Argggh.. alasan dia.  Penat selepas sehari ikut aku kehulu-ke hilir semalam.  Sabar sajalah.  Baru ingat nak ajak tengok wayang ....Dalam botol...  best tak cerita tu?  Anyone please share with me. Sinopsis dia aku baca ajak kontroversi gak, tapi boleh layan ke cerita macamgitu?  Depends right? Kembar siang dan Sini ada hantu aku dah tengok.  Boleh tahan tapi cukuplah aku bagi 3/5.  
Bukan semua cerita wayang tempatan membohsankan tapi tidak berapa menarik nak dibandingkan dengan filem luar.  Mereka sentiasa ada idea yang bombastik dan da' boom setiap tahun.  Ada saja yang baru kita lihat pada filem luar.  Membanggakan namun filem tempatan sepatutnya dah boleh bersaing dengan mereka.  Jangan harapkan idea dari tiga beradik saja aka KRU untuk dapatkan filem setarap luar negara.  Usaha tangga kejayaan.





March 16, 2011

Mood yang berlari

Pagi² mood dah lari jauh tak tahu berapa batu. Mungkin pergi ke selatan utara or mungkin pergi timur laut. Mana ketidak pagi² hujan melimpah², lebat semacam.  Hati dah fikir macam², nak banjir lagi ke? effect dari kejadian dari Jepun ke? Timbul pula rasa risau kat encik besar.  Menongkat arus lah nampaknya dia pagi² dengan hujan lebat ni.  Bukan nak jadikan hujan musuh ketat tapi adakalanya hujan buat aku takut. Itulah manusia, bila panas nak hujan kasi sejuk bila dah hujan melampau pula nak panas.  :)

Pasal tsunami di Jepun itu, apa yang boleh aku lahirkan jauh dari sudut hati aku adalah SIMPATI.  Teramat sangatlah sedih dengan apa yang dah berlaku di sana.  Aku ada sahabat yang masih belajar disana, bagaimana keadaan dorang disana? Makan cukup tak? kesihatan terjaga ke?  Nak message tak reply, fb tak online pula. :( Insyallah, Allah sentiasa menjaga kebajikan umat² nya.

Sekarang ini sibuk heboh tentang hujan asid, sebenarnya apa yang aku tahu hal hujan asid ini dah lama sebelum kejadian di Jepun lagi tapi orang tidak ambil berat.  Hujan asid ini bukan kerana nuklear di Jepun tapi kerana pencemaran yang memang dah berlaku di Malaysia sendiri.  Cuba tengok cara kita menjaga alam sekitar.  Bukan untuk mengutuk cara rakyat Malaysia, cuma hanya melahirkan rasa terkilan.  Pembuangan sampah, sungai yang tidak terurus dan sebagainya.  Letih memang letih untuk kita cakap hal ini. Saaaaabbbaar jep lah. Entah ada lagi tak namanya sungai waktu anak aku lahir nanti. 

Enough! Hujan still lagi tak berhenti². Harap² tidak lagi berlakunya banjir.

Sleepy Animal

My name is DINO.


Cats sleep anywhere, any table, any chair. 
Top of desk, window-ledge, in the middle, on the edge. 
Open draw, empty shoe, anybody's lap will do. 
Fitted in a cardboard box, in the cupboard with your frocks. 
Anywhere! They don't care! Cats sleep anywhere.

Ouh my god, DINO still in pose even sleep.

L o v e



L O V E weee... I do


There’s nothing I can do except be near you.
There’s nothing I can say except let’s run away.
There’s nothing I want to hear except come here.
There’s nothing I can do except love you.
I love you; I always have and always will.

Meaning of love ; Nurhazirah ♥ Masnawi

Mr and Mrs live happy ever.

Every time I think about you,
Your face sticks in my mind like glue
I think that there is something between us two,
Because I love you, I love you, I love you

My heart says that you are the only one,
Because you are second to none.
So let’s come together and learn,
The universal language of love and fun.

You are the most amazing person in this world,
This makes everything around look so dull.
Whenever I am lost in the dark night,
You only make me see a ray of light.

Even though I am lazy,
Your thought makes me crazy.
In my dreams, you only come
Because without you nothing can be done.


March 15, 2011

Nightmare

Mimpi mainan syaitan. Itu yang perlu aku sentiasa simpan dalam kepala.  Tapi tipulah kalau tak gerun.  Mana tak nightmare aku membabitkan orang² yang aku sayang. Adoi! payah nak lupa.  Lagi pulak sekarang gile vavi banyak cite mengerunkan manusia, cite dan filem sekarang tak pakai manusia jadi hantu, sebab dorang dah boleh cari he-hantu untuk lakonkan watak hero & heroin.  Ianya makin parah sebab aku dah terbawa-bawa kekadang.  Selisih Mak!

Saat sekarang ini, memang banyak drama aku dah buat rasanya.  Dengan sakitnya, dengan saratnya, dengan keadaan yang tidak mengizinkannya, dengan aktiviti nak dibuat.  Kesian encik besar, bila puan kecil asyik mengeluh sakit pinggang, sakit dada dan sakit perut.  Ehm.. bukan sengaja tapi tak tahu nak mengadu pada siapa.

Malam tadi sahaja dah mimpi buruk.  Ikutkan memang unlogic and funny! :p Mana tak, aku mimpi perut aku yang sedang membesar ini terbelah dua dan keluar kaki baby.  Argh! tak menjerit ke aku mak oit.  Kelakar kan? But that's true.  Ye lah, true in dreaming. Kesakitan yang terbelah itu memang tragis gila.  Ada doktor yang baik hati bantu aku, tapi aku masih tak boleh cam siapa doktor tu.  Argh. Lupakanlah mimpi itu, lupakan. 

Realitinya aku masih sihat walafiat dan dengan segar bugarnya aku semakin kuat makan. Dalam seminggu dah naik 1.8kg. Mak aik, obvious kan? kuat makan. Gelak lah semua.  Aku happy dengan keadaan sekarang dah tak perlu risau tentang berat, tembam naik berapa inci dan babat dah tebal mana. :p Yang penting, kandungan aku sihat dan aku makin SIHAT dan encik besar tidak perlu risau² nak angkat aku kalau aku tertidur kat ruang tamu.  Dia kejut dan sekiranya tiada respon gerakan dari aku, dia tinggalkan aku dalam keadaan gelap.  [yang mana dia tahu aku mengalami fobia DARKNESS!] Lincah saja aku bangkit dan cari katil. 

Duit belanja pun semakin susut, tapi encik besar kata tak mengapa sebab tabung untuk sara makanan aku memang sentiasa ada.  Dulu aku jarang makan jadi tak bergerak sangatlah tabung sara makanan aku tu.  Cuma tabung sara SHOPPING jep yang tak pernah cukup [ haha..mampus aku ]. Sekarang ini, aku dah semakin jarang nak berjalan, kaki dah sakit badan dah berat itu yang jarang nak menghabiskan masa kat Shopping Mall [ selamat encik besar ye.]

Selepas ini, waktu tidur aku akan dihabiskan dengan tidur² ayam jep lah. Sebabnya aku takut dengan nightmare aku sendiri.  Cerita² hantu pun perlu dielakkan sekarang ini. Takut terkenan pulak. Selisih lagi sekali mak!

March 06, 2011

Belon Kembang & Angin Sumbat

Semakin lama semakin besar perut aku.  Kembang yang menarik² kulit perut aku. Sakit tapi berbaloi bila penghuni dalam perut besar ini bergerak dan memberikan respon setiap kali aku kesakitan. Terima kasih sayang.
" Tak mengapa, mummy tak marah kamu cuma mummy keletihan saja. " berbual sendiri, macam dia tahu apa yang dibualkan pada dia. Dia sungguh memahami aku.

Buat masa sekarang tumpuan aku banyak kepadanya, sampai si suami kecemburuan pula. Hairan si bapa nak cemburukan pada anak sendiri.  Kelakar tapi aku faham. Maafkan saya ye babe. Ini harus diberikan keutamaan kerana dia perlukan kita. :) Saya sayangkan awak seperti saya sayangkan dia. 

24 Minggu sudah kandungan aku sekarang, garisan hitam ditengah perut dah kelihatan, berat badan juga semakin bertambah dari 46kg ke 50kg sekarang saja sudah naik 1kg.  Selera makan? jangan nak dicerita, semua makanan kalau boleh nak bedal.  Baru² dah melantak Ikan Patin masak lemak, Siput sedut masak lemak cili padi. Perggh.. sedapnya memang terasa ke tekak.  Sekarang ini, biarpun aku makan banyak, buah-buahan tidak pernah aku tinggal.  Pelam madu dan jambu merah memang jadi pilihan aku sekarang.  

My baby's taste buds are working. No more waiting. :) Excited.
Sekarang ini, perut aku memang sudah menampakkan aku ini mengandung dan aku dah semakin matang untuk memikirkan apa yang terbaik bakal aku siramkan kepada anak aku nanti.  Tidak sabar itu semestinya dirasakan oleh semua bakal ibu seperti aku.  Masakan aku dah bersedia hampir 80 % dalam persiapan bersalin dan anak aku nanti.  Excited? Of course I should to have that feeling.  This is my first journey of being mummy to my little baby.  And for my first experience, this joy I should share with everyone I  knew, my bff, my family and of course my love a.k.a my husband.

Saban hari aku asyik dengan laman sesawang mengenai kehamilan, penjagaan bersalin dan video² kelahiran.  Rasa gusar dan takut itu memang ada.  Kata makcik, " Tipu kalau bersalin ada yang tidak sakit, semuanya sakit kerana kesakitan semasa bersalin itu adalah pahala yang beribu-ribu kerana itulah pengorbanan dari seorang ibu untuk anaknya. " Aku mengakui aku agak takut, tapi aku kena hadapinya.  Debaran aku sekarang lebih banyak berbanding semasa akad nikah dulu.  Ini lebih tidak dapat aku sorokkan lagi debaranya. 

Aku sudah buat listing barang yang sudah aku beli, dan kebanyakkannya semuanya sudah hampir complete.  Memang pada orang terlalu awal,  aku tahu cuma hari minggu aku agak bosan berbanding dulu.  Jadi apa salahnya aku habiskan masa aku dengan mendekatkan diri aku dengan anak aku ini. 

Check List :
  1. Stroller - Not yet
  2. Baby Car Seat  - Not yet
  3. Katil Baby - Not yet
  4. Toiletries - Done
  5. Pakaian Baby - Done
  6. Warmer and Sterilizer - Not yet (Coming soon)
  7. Botol Susu - Done
  8. Bakul Baby - Done
  9. Breast Pump - Done
  10. Tilam dan Bantal  - Done
  11. Barut Bayi - Done
  12. Kain Bedung - Done
  13. Pampers  - Done
  14. Baby's Towel - Done
  15. Selimut - Done
  16. Buaian Rendah - Done
  17. Baby's Make up Set - Done
  18. Kelambu - Done
  19. Baldi Mandi - Not Yet
Oh my! Almost done right? yes, everything I think should have I bough. No question just buy. Gelojoh kan.
Ok now I need to slow down.  Wait until 8 months or 9 months, I started again. :) Can't wait. Can't wait. 



Note :
Thanks pada Waknora, Kak Aida, Abg Chai, Cik Dah dan yang lain² atas nasihat yang diberi dan juga petua² berguna.  Terutama sekali mama dan ayah yang banyak memahami keadaan 'malas' saya ini ye. Senyum sikit semua.