February 13, 2011

Tekak Mengidam, Anak Meminta

Topik yang luarbiasa dan agak biasa untuk ibu yang mengandung.  Biasanya ibu-ibu yang mengandung ini akan merasa satu saat yang adakalanya agak mustahil untuk dipenuhi oleh si bapa. 

Mengidam. Itulah dia topik kali ini. 

Begitu juga aku, bagi mengandungkan anak pertama ini aku mengidam sesuatu yang tak susah untuk dicari atau diperolehi tapi agak sukar bila ia bukan dimusimnya.  Payah juga si suami nak mencari.  Kesian pada dia, tapi aku teringin yang teramat.  Buah durian yang di buat SERAWA.  Serawa apa? hmm.. macam bubur durian tapi lebih manis dan sedapnya kalau dimakan sekali dengan roti dan air kopi ke milo ke. Adoooi~ Sedapkan?

Kesedapan yang menjilat jari boleh putus woo jari.

Aku menunggu dari kandungan aku berusia 2 bulan sampailah ke bulan 5, baru dapat menjamah buah durianyang diidamkan.  Alhamdulilah dapat juga merasa taklah terkilan sangat aku nanti.  Si suami tak makan seulas pun, sebab ini bukan makanan kegemaran dia.  Aku pun sebenarnya tidaklah gemar sangat tapi tidaklah pula aku cakap aku tidak suka dengan buah malaysia yang satu ini.  Walaupun ia tergolong antara buah yang paling busuk didunia, ini lah orang malaysia boleh mampu buktikan.  Sanggup makan buah busuk dunia ini dan jadikan makanan paling sedap sekali yang orang luar tidak mampu nikmati.  Padan muka dorang.

Mak dah pesan jangan makan terlalu banyak takut anak dalam perut panas.  Tapi selepas aku dah jamah 4-5 ulas adoi, malam semasa tidur aku kepanasan macam cacing kepanasan tau.  Sungguh panas, sedangkan aku sudah pasang kipas tahap kelajuan yang maksimum.  Itu penangan durian yang aku makan tak sampai 1 biji.

Buah busuk yang direkodkan.
Tak mengapalah, inilah rasa mengidam.  Tidak akan kira bila dan apa yang diidamkan, kita akan usahakan tapi janganlah yang merepek seperti nak makan daging kerbaulah, daging singalah.  Ada seorang kenalan aku, dia semasa mengidam inginkan rokok.  Dia terasa seperti nak merokok kerana dia sukakan bau asap.  Pening kepala mak mertua adoiyaii.  Itu dah kira merepek sebab kita tahu yang merokok itu bahaya dan tidak baik untuk kandungan, inikan lagi asap.  Pelik? itu lah yang berlaku jika kita tidak kawal cara mengidam kita. 

Ini pengalaman pertama mengandung dan untuk anak pertama ini, durian adalah pilihan mengidam aku.  Tak pastilah sekiranya ada rezeki untuk anak kedua, apa pula yang diidamkan oleh aku nanti.  Insyallah janganlah yang tidak senonoh, selisih mak oit.

Nota :
Terima kasih si suami yang sanggup melayan kehendak dan karenah si isteri yang bebukan.  Juga terharu kerana si suami sanggup berjaga susah payah pagi-pagi untuk mengurut kaki ketika diserang simpul biawak. Terharu dan amat tersentuh, terima kasih yang tidak terhingga ya untuk si suami.  Akan si isteri menjaga zuriat kita sepenuh hati.



No comments: