February 22, 2011

Sejuknya Jiwa

Seronok rasa bila dapat berkumpul dengan orang-orang yang disayangi.  Walaupun 5 hari seminggu sibuk dengan urusan masing-masing baki 2 hari minggu, seharusnya dijadikan hari untuk melepak.  Melepak bersama orang tersayang bukan satu pembaziran, tapi menjaminkan satu kebahagiaan yang kita tak mungkin perolehi dengan apa sekali harta didunia.

Bagi aku, kehidupan aku agak sederhana dan serba cukup.  Walaupun kami sekeluarga tidak saling bertukar rahsia namun kami selesa dengan cara kami.  Tipulah kalau aku kata kami sentiasa dalam keadaan yang baik dan tiada perseketaan sekali sekala.  Ada~kami tidaklah sentiasa baik, adakalanya kami tidak bersefahaman.  Bergaduh adik beradik itu harus.  Lagi-lagi dengan adik bongsu aku, Nurafiqah.  Kesian dia, tapi dia agak manja dan kami tidak akan biarkan.  Dia harus belajar berdikari dan pandai berdiri dikaki sendiri dan tidak hanya mengharapkan bantuan dari ayah dan mama. 

Hari tangisan kegembiraan aku dan paling penting, MEREKA disisi.


Raja dan Permaisuri yang disayangi ever & everrr.

Kamal Ariffin
Ayah seorang yang agak tegas dan semasa kecil, kami sering menjadi mangsa kegarangan dia. :)  Walaubagaimana pun aku tahu itu hanya untuk mengajar kami agar tidak terlalu manja.  Kami membesar dengan tengking dan herdik dia.  Masaklah kalau aku lupa apa segala yang dia ajar dan pesan pada kami, biasanya aku yang akan jadi mangsa ini kerana adik lelaki aku masih kecil dan aku sepatutnya yang terima kesalahan itu [ walaupun aku tahu itu bukan kesalahan aku ].  Semasa zaman kecil aku, ayah bukan insan yang aku rapat dan aku boleh dikatakan tidak suka dengan cara ayah aku sendiri.  Bagi aku dia hanya pilih kasih aka berat sebelah.  Kalau dalam padang bola, dia akan senang dapat kad merah  3 kali dan terus keluar permainan.   :p  Namun usia makin mematangkan aku, lagi pula aku sudah pun berumah tangga, dan aku nampak mengapa didik dari kecil itu penting untuk masa hadapan.  Aku setuju dengan cara ayah sekarang, aku yakin dia pasti apa yang dia lakukan itu hanya untuk menjadikan aku seorang insan yang kuat dan tabah.  Sekarang ayah sudah mula 'slow' dia tidak lagi marah-marah dan panas baran.  Dia lebih banyak berleter dan keluar ke surau.  Itu sahajalah rutinnya sekiranya tiada program di rumah.

Norizah
Permaisuri didalam keluarga aku, pastinya ayah raja dan mama lah permaisurinya dan pewaris-pewarisnya adalah kami adik beradik.  Bagi aku mama banyak membantu kami adik-beradik dari segala segi.  Mama sekali pandang, orang akan kata dia agak sombong.  Tapi dia bukan tidak peramah tapi dia agak pendiam dan lebih suka berbicara tentang perkara yang penting.  Bukan seperti 'makcik-makcik kepoh' yang ada zaman sekarang.  Lebih gemar mencanang pekung sendiri, agak memalukan.  Mungkin faktor-faktor mama tidak berada didaalam golongan mereka kerana kami semua berkerja, begitu juga ayah dan mama.  Mama agak lembut dengan anak-anak.  Sebab itu, kami adik-beradik lebih selesa 'meminta' sesuatu itu dengan mama. Nakal kan? Tapi mama tidak banyak soal berbanding dengan ayah.

Si jejaka antara kerajaan dibawah Encik KA

Mohd Hafiz
Adik lelaki aku yang seorang ini agak sukar dibicarakan.  Ini kerana kami tidak serapat seperti zaman kanak-kanak.  Ini mungkin zaman berlalu dengan pantas, dan usia dan pembesaran menjauhkan kami.  Mungkin dia sudah pandai untuk malu dengan kakak dia. :) Masing-masing sudah ada arah kehidupan remaja sendiri.  Cara kami berlainan, banyak perbezaan dan kami tidak sehaluan sangat.  Tapi bukanlah kami bergaduh tidak bertegur.  Pada aku itu normal bagi adik-beradik, air yang dicincang tidak akan putus.  Dia sedang meneruskan kehidupan remaja dia dengan belajar di UITM, Seri Iskandar Perak.  Dan berbeza dengan aku yang sudah bergelar isteri dan bakal ibu.

Nur Afiqah
Ini seorang lagi, dia agak manja dan mengada-gada.  Sungguh memenatkan kalau nasihatkan dia.  Jarang dia masuk dalam otak, mana tidaknya sibuk bagaikan CEO Company. Tapi realitinya dia hanya seorang pelajar Tingkatan 5 dan bakal hadapi SPM tidak lama lagi. Adoooi. Zaman remaja dia tidak seperti aku dan adik lelaki aku, kami membesar dengan cara ayah dan dia tidak lagi dizaman itu lagi.  Ini memudahkan dia untuk bersenang-lenang.  Lagipun dia lahir dalam keadaan yang mewah, tidak seperti kami.  Namun begitu, aku faham si bongsu memang selalu bernasib baik. :)  Aku sentiasa sayangkan adik-adikku.  Aku berharap agar dia akan jadi insan yang berguna satu hari nanti dan boleh sentiasa membanggakan ayah dan mama.
Cik minah yang suka bergaya tapi sukar "berkerja"
Seperti aku katakan, keluarga aku adalah keluarga yang sederhana dan sangat ' simple '.  Kami tidak kaya dan kami tidak mewah dan tidak pula kami perlukan bantuan kewangan.  Kami sungguh bahagia dan aku tidak menyesal dengan apa yang aku ada sekarang.  Kami tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk kebahagiaan kami tapi kami tidak pernah lupa dengan apa yang kami ada.  Semuanya datang dari ALLAH dan kesyukuran itu sentiasa dipanjatkan untuk NYA.

Memang benar, intitusi kekeluarga di zaman sekarang semakin runtuh dan pupus akibatnya anak-anak yang menjadi mangsa.  Mereka lebih gemar mengejar dunia dari mengejar akhirat.  Itu yang salah dalam pemahaman mereka.  Aku harap ini semua dapat diubah demi mencapai keharmonian dalam semua aspek kekeluargaan.

No comments: