February 07, 2011

Lucky of the gumuk-man

Aku teruja buat kali pertama untuk buat karangan yang berjela² walaupun hanya untuk blog pertama aku. Cerita pertama aku semestinya kehidupan aku yang semakin berbunga-bunga semekarnya. Sempurna dengan kehadiran lelaki yang menjadi peneman setia aku [ harapan aku biarlah berkekalan ]. Lelaki itu sudah menjadi kesayangan aku, pengarang jantung dan pendinding untuk kehidupan aku agar lebih terjamin. Bukan aku sengaja mengangkat dia menjadi terbaik dalam dunia, tapi cukuplah hanya terbaik didalam hidup aku. Tidak mudah untuk penerimaanya, begitu banyak cabaran dan ujian kami lalui. Betul kata ayah, Penguji hati adalah kesabaran dan hancurkan jiwa kerana kepercayaan. Aku pegang kata² itu, sebagai penyemat cinta kami. Aku bukan datang dari keluarga yang terus senang, setiap langkah aku dan keluarga ambil setiap itu kami hadap bersama. Aku tidak menyesal dan aku tidak bangga dengan kegagalan aku, sebab itu aku sentiasa beringat. Lelaki disisi aku juga bukan dari keluarga yang senang, kesusahan yang dia lalui dari kecil hingga bertemu aku menyebabkan aku banyak belajar agar sentiasa tidak bongkak dan kesederhanaan dia menyebabkan tarikan utama. :) Aku tidak malu bersama lelaki ini, dan aku tidak sedih hidup dalam kesederhanaannya. Aku bangga!

Diri dia sama aku ngak sama! Kami lain~
He's the one! My perfect guy and now my priority. Kami bermula dengan ikatan persahabatan. Sahabat yang lain dari lain, teman tapi mesra. I likeee that! * wink. Sweet kan? Tapi sebenarnya lebih kepada " SS ". Funny right? Kami berlainan pendapat, kami berlainan cara, kami berlainan minat. Senang kata kami bukan satu pasangan yang sesuai di mata kasar. But who's know, miracle ~

Aku tak tolak sebab kita tak cuba, kita tak tahu penghujung ceritanya kan? So just try and see. Satu ikatan dibuat oleh kedua belah pihak, tiada bantahan mahupun persoalan. Hanya kami tidak seperti pasangan yang lain. Cerita kami bermula dengan cara yang agak dingin. Kami tidak bersama seperti pasangan bercinta yang lain. Kami tidak romantik, kami bukan "sweet" dan pastinya kami tidak sering mengedatekan diri kami. Dia tang sana, aku dok sini. Kesiannya ~

But years to years, we become close and start to learn about each other. Im proud of it [ sebab aku berusaha ]. Alhamdulilah dugaan semasa bertunang tidak banyak, kami lulus dengan cemerlang dan agak teruja bila hari yang dihitung semakin hari semakin dekat. Tipu sey, kalau aku kata tak ada fight langsung. Semestinya ada, cuma kekerapan tidak sekerap mana. Hal² remeh biasanya yang ungkit tak lain tak bukan, haruslah aku. Dia pula haruslah nak menang. [ lelakilah katakan ]. Tidak pelik lah kan? Aku lebih kepada hal² yang pada aku penting dan tidak pada dia. Aku lebih banyak kepada jiwa, perasaan dan bersifat sensitif. Dia? lebih kepada fikiran yang katanya jauh, masa depan dan tidak membebankan otak. Mana ada masalah yang tidak beban, semuanya penting, semuanya beban yang bezakannya cara kita menyelesaikannya. Argh!. Bengang jek!

Berbeza tapi sehati :)

Bweeek! Tak perlu difikirkan sebenarnya bila kita bergaduh yang remeh tapi bila di-kenang agak lucu. Lagi² bila time masing² tak nak mengaku kalah. :P Woo. Tragis tau. Part meleleh airmata memang bersungguh [ kalah primadona Erra Fazira dalam cerita Sembilu ]. Lelaki yang aku pilih ini pula bukan lelaki yang dalam golongan memujuk dan romantika punya orang. Dia kampung mari. Dia hati kental, but what's the suprise?! Bila dia sanggup berhujan tunggu depan rumah nak puaskan hati bunga hati yang dia sanggup buat apa saja, keluar 2 or 3 pagi untuk pujuk bunga hati dia? Sanggup pula dia gegar cari top-up sebab nak make sure tidak putus talian dengan aku. * Sweetkan? [ nak gelak pun boleh ]. Wever! he's mine. Lelaki itu aku punya.

Dipendekkan lagi, dia melamar untuk penghabisan dan tetapkan tarikh kami. Tarikh yang paling aku gentar dan was². Bukan kerana kemampuan lelaki ini, tapi kemampuan aku. Bukan mudah untuk ucapan itu, lagi pula itulah yang paling aku tunggu sepanjang impian perempuan aku. Impian membina satu tapak di atas landasan yang baru. Konkrit ke, batu marmar ke, simen ke dah tak ambil peduli janji kukuh, kuat dan padu. "I DO" wow! I get it. Hebahkan pada kedua belah pihak dan kata setuju dijanjikan. Hari dan masa ditentukan agar dapat ditemukan dalam majlis yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup. 11 Jun 2010 penetap dan semua syaitan jauhkan diri. Allah dan malaikat menyaksikan majlis kami [ walaupun berlangsung tengah malam gak lah ]. Even tok imam sempat shopping ke Jusco lagi before datang nikahkan kami. :p

Finally derh! He's mine and I'm yours.
Titis lagi airmata aku, lagi bila ayah serahkan tanggungjawab dia menjaga aku, mendidik aku, membimbing aku dan menyekolahkan aku. Mama asyik pesan pada aku, jangan nanges. Aku kena kuat kalau tak make-up comot [ mama memang best in the world ]. I love you, Mrs Norizah. Saat "SAH" aku jadi luluh, kecut dan sebenarnya excited pun ada. Macam nak tarik jek pen kat tangan tok kadi tuh nak sign surat nikah. Kelakar. But I'm telling you'll the true story. Korang pun akan rasa perkara dan benda yang sama. Jangan tipu! :) Bak kata Jason Mraz, I'm yours. Kau untuk aku,aku untuk kau. HALAL! Gaduh tarik rambut pun tak ada orang nak kisah. :p Selepas itu, banyak perkara aku fikirkan malam pernikahan tu. Semua batas aku kena jaga, hati yang satu aku kena sisipkan kekemas. Title dah kena tukar dari lover - ke - isteri. Aku dah punya 2 keluarga yang perlu aku bahagiakan. Ahh~ itu bukan masalahnya, itu perkara yang perlu aku hadapi untuk mencari kebahagiaan yang aku impikan. Akhirnyaa.

No comments: