February 08, 2011

Kisah Si Teman Dunia

Story of the day. 

After almost 2 weeks I guess, tak jumpa my only bff. Puan Shazreen Nadia.  Rindu pula pada dia.  Sejak kami masing-masing berkahwin dah mula ada komitmen masing-masing, jarak pertemuan kami juga agak terbatas.  Cuma sekarang agak mudah untuk aku bertemu, dia berkerja tidak jauh dari aku.  Walaupun kami bukan dalam satu pejabat yang sama namun ia bukan alasan untuk tidak kami berchit-chat panjang.  Seronok kalau dah berjumpa, banyak cerita kami perlukan kongsikan.

Sejarah kami tidak banyak bezanya, kami berjumpa dan berkawan sejak dari kolej lagi.  ALLAH maha mengetahui mengapa kami bersahabat dan ALLAH tahu apa yang baik untuk hambanya.  Walaupun kami bukan datang dari latar belakang yang sama, alhamdulilah banyak sudah kami berkongsi dan lama kami bersahabat.  Bergaduh, berselisih dan tidak puas hati memang tak boleh dinafikan.  Cuma kami sudah maklum bahawa setiap yang berlaku harus ada jalan penyelesaiannya.

Nak kiss dan peluk dia, sebab sayang giler kat dia.
Kelakar.  Itu yang mampu aku gambarkan saat pertama kali aku kenal dia.  Rupanya yang agak ganas dan berlainan sungguh dengan aku.  Sifatnya yang agak kasar juga bukan untuk aku.  Tapi kami banyak persamaan, kami agak kebaratan sikit [ maaf dhobit dan faz ].  Kami mula berbual topik yang pertama, kedua dan seterusnya berjalan dengan lancar.  Aku mula kenal siapa dia, dan dia pula pelik.  Kami berdua datang dari Johor Bahru, Johor.  Dia banyak habiskan waktu remaja dia di Kuala Lumpur.  Kami tidak berdua, tapio berempat.  keempat-empat kami semuanya mempunyai identiti yang sungguh berbeza.  Cara berlainan mungkin antara penyebab kami masih boleh bersahabat sampai sekarang.  Dayang Dhabitah dan Siti Norfadzlina, antara yang bersama aku waktu itu.  Kami tinggal sebumbung dan sebilik yang lagi best, sekelas sehingga ke semester 2. 

Gile oldtime gambar ni. [ Sorry bit, time ni mesti kau sedang tidur dirumah ]
 Aku sayangkan persahabatan kami, rindu dengan aktiviti kami semasa di kolej dulu.  Pelbagai ragam kami jumpa, pelbagai kisah kami sematkan bersama.  Aku tidak pernah menyesal mengenali mereka.  Aku setuju sekiranya aku katakan mereka asam garam dalam kehidupan aku sehingga sekarang.  Waktu semakin berlalu,  kami tidak habis waktu kolej bersama, tidak graduan bersama.  Hanya satu masalah yang remeh, kami berpisah.  Mulalah kehidupan masing-masing.  Kedegilan aku dan keegoaan aku, pelajaran aku diberhentikan.  Aku mula teruskan kehidupan balik ke tempat asal.  Faz, masih teruskan dan dia sungguh bertuah.  Habis belajar dan dia berjaya temui kehidupan wanita yang dia idamkan.  Berkahwin bersama lelaki yang dia cintai dan akhirnya dia dikurniakan zuriat pertamanya.  Dhobit, apa yang aku tahu.  Dia kental dan gigih, aku tahu dia bukan manusia yang cepat putus asa.  Sekarang dengan jawatan yang dia pegang aku mampu dia boleh lebih berjaya.  Nadia a.k.a dd, perempuan yang katakan pelik.  Dia bukan lagi pelik, tapi wanita yang berjaya dan cantik.  

Dd aku katakan cantik dari segalanya.  Kehidupan yang dibina atas usahanya sungguh berbaloi.  Siapa sangka dia akan berkahwin dengan lelaki yang dia benci semasa di kolej dulu.  Benar kata orang-orang tua, Jangan membenci terlalu sangat, kelak berlaki hidup bahagia.  Dia terkena sumpahan F4 dan akhirnya dia antara salah seorang peminat setia Muhammad Hakim [ kalau silap eja maaflah ye ]. :) Good luck for you my dear friend.  Selepas faz berkahwin, aku mengikut jejaknya dan seterusnya dd [ dhobit bilalah agaknya ?].  Kami sentiasa berdoa yang terbaik untuk sahabat-sahabat. 

Saat sahnya ikatan sambil mengelap titisan airmata kesyukuran
 Aku selesa berkawan dengan dd, dia memahami dan jelas dia tidak merungut dengan permasalahan yang aku ceritakan kepada dia.  Aku bukannya seorang yang mudah untuk mempercayai orang dan dia satu-satunya insan yang aku mampu untuk luahkan perasaan.  Pada aku, sahabat bukannya meminta tapi sanggup menerima apa jua keadaanya.  Banyak sudah pertolongan yang dia dah hulurkan untuk aku, sungguh berterima kasih kepadanya.  [ Dd, terima kasih♥ ].  ALLAH saja yang mampu balas segala kebaikkan kepada aku. 

Banyak ujian yang kami dah lalui dari kisah kawan makan kawan, kawan yang tidak mengenang budi, kawan yang tidak sedar diri dan kawan yang bukannya kawan.  Semuanya bagi aku salah satu dari makanan dunia dan dunia itu adalah realiti hidup.  Kalau kita nak hidup panjang kena terima dan tadah, kalau tidak terpaksa kita makan hati berulam jantung jawabnya.  Nasib aku baik, dunia aku sekarang banyak aku habiskan dengan alam perkahwinan aku yang nyatakan aku, si lelaki yang terbaik dalam hidupku dan bakal permata yang kami dambakan.  Selebihnya adalah satu manisan, iaitu sahabat baik.

Jadi renungkanlah semua, kita lupa untuk menilai tapi kita berhak untuk memilih. :)

Untuk dia ;
Thanks for everything dear.  Tidak ada eng-kau apalah nama hidupnya aku. Puan Nur Shazreen Nadia Binti Shahrul Azila.


3 comments:

Anonymous said...

i love u as well my dearest friend. Thanks for always bein there for me through thin and thick. -dd-

Cik to Puan to Mummy said...

:) Bila ingtkan ksh kita byk kenangan kan?

dh0bitSyahdu said...

maaf..baru bace..ketinggalan sungg0h aku kan..trigat kisah2 lame..s0 s0ry f0r evrything..luv u k0rang manyak3..