February 09, 2011

Fakta : Kemaafan

Maaf.

Satu perkataan yang ajaib.  Boleh menyembuhkan dan boleh juga disalahtafsirkan.  Namun tidak dinafikan bahawa itulah satu perkataan yang sukar untuk diluahkan.  Perempuan dan lelaki punyai ego yang sama.  Sama tinggi, sama berat, sama besar dan sama naik.  Banyak cara boleh kita ungkapkan perkataan azimat ini.  Cuma yang bezanya niat kita, ikhlas ke tidak ke?  

Segelintir orang cakap, lelaki sukar untuk ucapkan maaf dibibir mereka, benarkah? Bagaimana pula perempuan?  Jika benar, mengapa mudah mereka ucapkan maaf?  Apakah ego yang membelenggu kaum lelaki?  Tapi kebanyakkan soalan bila ditanya, mereka cakap perempuan adalah yang paling sukar kerana lelaki gemar bermain dengan perkataan " saya minta maaf ".  Kalau bicara mengenai ego, wow~ perempuan sekarang memang gemar menaiktarafkan "ego" mereka.  Tidak salah untuk sentiasa kita ego dengan lelaki , tapi fikirkanlah sampai bila.  Bagi kaum lelaki, juga tidak salah ucapkan maaf selalu sebabnya Nabi Muhammad SAW pun nasihatkan kita agar sentiasa mengakui kesilapan kita.  Tapi fikirkanlah adalah kemaafan yang kita pinta itu lahir dari hati atau sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja?

Bila maaf dipinta, kita seharusnya menghulurkan kemaafan itu.  Itu yang lebih baik dan paling baik kita lakukan.  Namun maaf itu haruslah disertakan dengan keinsafan, barulah perkara yang sama tidak berulang lagi.  Ramai manusia tidak tahu akibat maaf juga, kita semua hampir hilang akan kepercayaan.  Kerana bila perkataan itu ada, mesti satu perjanjian akan terjadi.  

" Mengapa lambat ?"
" Saya minta maaf, tertidur. Saya janji tidak akan lambat lagi. "
" Tak mengapa.  Saya maafkan. Lain kali jangan lambat lagi ye. "

Dialog yang biasa.  Tapi adakah perjanjian itu benar?  atau hanya sekadar untuk penyelamat sahaja?  Renung-renungkanlah.  


No comments: