February 08, 2011

Sehari yang jenuh


Don’t think that I don’t know about all these Rumors you’ve been spreading, you think it’s Funny to say these things, but deep down Inside you know they’re not true, so why even Bother to hurt me haven’t you done enough, Why do you have to hurt me, just leave me alone
Semaknya otak hari ini, penuh dengan pelbagai soalan yang hampir meragut hari aku.  Payah juga nak puaskan hati semua orang.  Aku fikirkan senang sebab bentuk hati dalam organ manusia pada aku semuanya sama.  Rupanya hanya bentuk saja tidak mencukupi.  Dalam hati ada rasanya, rasa yang membezakan setiap manusia didunia. Aku pun tidak berkecuali.

Tidak semua mengenali diri memasing, walaupun kita fikir dah cukup bagus tentang hati.  Manusia yang aku berkerompomi tidak semuanya indah.  Mereka semua ada agenda masing-masing yang tidak diketahui oleh aku mahupun orang lain.  Waduh~ agak payah sey.

Sarapan aku tidak sempurna seperti hari-hari biasa, telinga aku sudah panas dek panahan cakap belakang orang.  Aku bukan penyabar, aku pun bukan malaikat.  Aku hanya perempuan sensitif yang sedang mengandungkan satu-satunya zuriat aku dan suami.  Pelik betul aku, bagaimana mereka bersenang-lena mengatakan sesuatu perkara yang tidak benar dan tidak diselidik asal-usulnya? Apakah salah aku pada mereka? Apakah yang telah aku lakukan dalam kehidupan mereka? Adakah aku telah menghancurkan hati mereka? Arggh~ banyak soalan-soalan yang aku tembak dalam kepala hotak aku.  Tak senang duduk aku!

Aku harus bersemuka, aku harus tegakkan hak aku. Aku mesti dan harus lakukan. 

Soalan sudah ditanya, jawapan telah diutarakan [walaupun tak pasti kebenarannya ] aku tidak ambil peduli lagi.  Hak aku sudah aku tegakkan.  Pergi mati sama semua manusia diluar kawasan aku.  Aku hanya tahu diri aku bukan untuk mereka, untuk ALLAH.  

Percanggahan dalam persekitaran aku sedikit sebanyak menganggu keharmonian aku.  Aku seperti tidak senang dengan dunia.  Insyallah ALLAH tahu apa yang aku sudah lakukan, ALLAH tahu mengapa dan kenapa.  Dan jangan lah aku menyesal dengan apa yang sudah berlaku. Redha je.



No comments: