February 16, 2011

Dimana pemimpin sebuah keluarga bahagia?

Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

Itu yang seharusnya dilakukan oleh semua pasangan yang dah berkahwin di Malaysia ini.  Tapi hairannya keadaan sudah berubah, manusia sudah banyak meningkat dan perubahan itu disebabkan oleh zaman atau pengaruh itu tidak dapat dipastikan.  Masing-masing ego dengan pendirian sendiri, angkuh dengan kekuatan diri dan terlalu lemah untuk berdiri.

Banyak yang dapat kita lihat dan baca di kaca-kaca television, radio dan juga media massa, rata-rata berita mengura-urakan cerita mengenai keruntuhan rumahtangga artis, keganasan rumahtangga rakyat malaysia dan juga kebodohan pasangan dalam menyelesaikan masalah rumahtangga mereka.  Dimana hak isteri disisi suami? Dimana tokoh-tokoh kepimpinan yang ALLAH telah berikan kepada kaum suami bagi membela dan menjaga maruah isteri?  Hilang entah kemana. Lesah dek arus kealpaan sendiri.


Si Suami yang tidak mempunyai ilmu rumahtangga yang cukup

Suami adalah ketua keluarga.  Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya ialah:
  • Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  • Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  • Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Tapi kasih sayang didalam rumahtangga sudah berkurangan dan semakin lupus.  Mengapakah itu terjadi?  Situasi beginilah yang menyebabkan mengapa perempuan meletakkan diri mereka terlalu tinggi dan adakalanya seperti menjual diri tapi ini hanya kerana faktor mereka sendiri hilang keyakinan terhadap lelaki.  Mereka tidak pasti dengan keupayaan lelaki itu sendiri dan akhir sekali kerana mereka TAKUT.  Bukan dengan perkahwinan tapi dengan lelaki itu sendiri.  Mereka menjual mahal dan menjarakkan hubungan mereka, agar mereka tidak terperangkap dengan kesusahan yang sering dicipta oleh kaum lelaki setelah dijadikan suami.

  • Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
  • Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
  • Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
  • Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
  • Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)
  • Memenuhi keperluan nafkah batin
  • Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)


Hak Seorang Isteri dilupakan.
  • Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
  • Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
 ALLAH sudah pun menurutkan pesanan dan pelbagai hadis bagi memberi peringatan kepada hambanya agar sentiasa beringat tentang tanggungjawab masing-masing didalam sesebuah rumahtangga.  Jangan jadikan institusi rumahtangga  ini sebagai igauan kepada insan yang tidak berumahtangga lagi.  Kerana khuatir keadaan ini akan membantutkan impian perkahwinan dan mengubah pandangan positif mereka terhadap institusi ini sendiri.  


Kata-kata ;
Benar dengan apa dikatakan, diri sendiri pun takut dengan penceraian sekarang.  Insyallah diharap rumahtangga yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ammminn.



No comments: