February 08, 2011

Penunggu ; dari seorang ibu

Celik pejam, celik pejam dan celik balik.  Terasa sekejap saja masa berlalu dan akhirnya besar juga perut aku.  Bukan senang nak tunggu kelahiran pertama ini. Berbagai-bagai proses perasaan dan jiwa aku lalui.  Dengan hampanya, runsingnya, sakitnya dan tekanannya. Adoi~ dari bulan pertama hingga ke saat ini, aku rasa banyak ujian yang ALLAH berikan untuk hambanya ini.  Bukan merungut tapi menginsafi diri sendiri.  Perlukah aku untuk menidakkan kebesarannya? Terlalu banyak kurniaanya untuk aku. Hanya aku tidak sedarinya.

Dari segi perasaan memang tidak aku sangkalkan lagi, jiwa aku kusut dan berbagai perasaan menghantui aku.  Tidak selesa, tidak suka, rimas dan nak bergaduh jep.  Yang jadi mangsa mestilah si suami. Kesian dia~
Kenalah dia bersabar dengan ketidak stabilan aku ini.  Tidak lama hanya 9 bulan saja [ boleh ke? ]
Makan, minum dan tidur ada saja tidak kena dengan aku.  Kenapa ye?  Itulah tanda pembawaannya. Si anak.

Bagi bulan pertama
Kegembiraan aku belum habis saja aku sudah diserang dengan sakit bertubi-tubi.  Akhirnya aku dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi, Johor kerana disyaki "UTI" yakni kencing kotor. Sakit yang perlukan aku dimasuki air beberapa gelen. Sakitnya adoi~  

Bagi bulan kedua dan ketiga
Selera makan tidak menentu dan semakin berkurangan.  Kebimbang si suami mulai memuncak dan pelbagai anggapan bermain di kepala.  Badan tidak kuat dan rasa loya menjadi penyebab untuk aku melepek di katil saja.  Kerja tak perlu diperkatakan, akibat dek kelesuan aku sering tidak hadir ke pejabat. Dugaan lagi.

Bagi bulan keempat
Secara mendadak keinginan aku untuk bersantap berbagai-bagai jenis makanan merunsingkan aku.  Mana tidaknya tinggi sungguh menu aku.  TGI Friday's si suami heret aku menjamu dinner bersama.  Wah! tidak disangkakan? Dari berat 44.4kg terus ke 46. 7kg.  Si suami katakan aku simpan "hantu raya". Teruk betul guraunya.  Jahat~ Si suami mula terbitkan kegembiraannya dengan kesihatana dan selera aku yang bertambah baik. 


Bagi bulan kelima
Aku semakin berat dan selera aku tidak dapat ditampung lagi.  Kawalan demi kawalan perlu diperketatkan.  Baju banyak yang semakin tidak muat, seluar dan pakaian dalam mula terasa ketat dan tidak selesa dipakai.  Perut mula membesar dan adakalanya terasa seperti perut memulas.  Ah, tidak mengapa aku faham kerana inilah masanya dia menyelesakan diri didalam kandungan.  Dia? jantina mula diketahui.  Namun rahsia tetap rahsia.  Si ayah a.k.a si suami mula datangkan teruja, pakaian dan keperluan si dia sudah mula dicari dan terus dibeli sekiranya sudah berkenan.  Aku tidak menolak dan menghalang malah aku suka dengan tindakannya.  Aku tahu dia berharap dan ini antara harapannya untuk melihat zuriat kami. :) [senyum lebar kecil]

Penantian dengan kesabaran.
 Sekarang aku harus menanti lagi 4 bulan.  Bersabar dengan ketentuan ALLAH.  Alhamdulilah ALLAH berikan aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi.  Aku hanya perlu tidak merungut dan teruskan berdoa kepada ALLAH.  Setiap insan yang bernama ibu mestilah tidak sabar dan tidak tahan untuk menunggu kelahiran permata hati.  Tidak berkecuali dengan aku.  

Ketatkan hati, si kecil.

No comments: